TRAVEL WITH BABIES_PART 1

PART 1 - Raeef Yusuf takes UK

Alhamdulillah, dua kali lepas pantang..dua kali mommykina bawak babies travelling long haul flight. Mommykina memang positive je dari awal nak bawak babies sebab pada mommykina, babies lagi wayyy easy.

Dalam kepala...yang payah umur 6-10bulan..umur2 lasak nak bergerak.

First time experience lepas pantang Raeef. Sebenarnya mommy kina dan husband beli ticket sebelum Raeef lahir. Rasa masa Raeef 3-4 bulan dalam perut kot. Lepas Raeef lahir, terus beli ticket untuk infant. Hanya bayar berapa percent sahaja rasanya.

Alhamdulillah, Raeef memang easy baby dari moment dia dilahirkan. Lepas keluar je, my Gynae letak dia kat dalam cot memang dia diam, observe sekeliling. My gynae called him an observer. And he's that kind till now. 😄 Sehingga ke detik nak fly ke UK, Raeef sihat-sihat Alhamdulillah..bambam..menyusu senang..Tidur senang.

Dalam 10jam lebih flight...

Masa kami naik flight KL ke Heathrow, London, kami duduk di tengah2. Kebetulan flight tak berapa penuh. Row kami tuh mommykina dan husband sahaja. Apa lagi..bersila la kami...Nak bf Raeef pun selesa. Lepas susukan, mommy letak Raeef dalam bassinet yang flight attendant dah pasangkan. Oh ya, mereka pun ada tanya, perlukan air panas tak nak bancuh susu? hehehe Alhamdulillah lagi senang bile mommykina bf direct je.

Masa take off tak bole pasang bassinet lagi. Jadi mommykina ribakan Raeef. Sebab bawak baby, kami dapat fast lane and masuk plane paling awal. Jadi sebelum flight penuh, kami siap-siap tukar nappy Raeef. Yang mommykina tak pernah tinggal adalah changing mat. Best friend sangat.

Lagi satu, rasa lebih bersih baringkan baby atas changing mat yang kita letak atas changing table dalam flight tuh kan. Sepanjang 10 hours tu adalah jugak bawak Raeef jalan ke belakang mommykina nak stretch kaki..Jalan2 kat tepi tangga, jengah business class kat atas tu. Masa pergi ni ada jugak mommykina and husband bergilir solat atas flight kat belakang.

Bila dah landing kat Heathrow tu, ada mat salleh tegur kami..tak perasan pun ada baby sebab Raeef tak bising, tak nangis kuat-kuat..Alhamdulillah. Que dekat immigration pun dapat fast lane sebab ade baby kan. Cepat je keluar.

Dekat London, my sister dah siap2 tunggu kami untuk start our trip in the UK. First night kami di London..sebab masa plan tu tengok dah sampai lewat petang. Malas nak rush ke Liverpool. Plan kami di London hujung-hujung trip sebelum berlepas pulang ke Malaysia.

First morning nasib tak jetlag senang nak bangun..berjalan ke train station..Bermula trip kami ke Liverpool (tak bermalam) kemudian ke Manchester 2 nights stay, dan kemudian kami ke utara UK, ke Scotland pergi balik naik domestic flight. Dalam UK, trip kami semua memang naik trains. Alhamdulillah ada my sister yang efficient macam mommykina..hahhaha...

Nak travel ni kena plan elok2. brief member dalam trip esok apa activities. Kena bangun pukul brapa? Mommykina takla rush tapi kena jaga time sebab kita dah beli semua train tickets siap-siap. Menu pun kena plan sebab nak beli groceris, nak tahu lunch kat luar ke..masak siap2 ke dalam hotel..cari siap2 halal restaurant dekat semua cities.

Masa travelling UK ni, antara cities kami singgah..Edirburgh, Liverpool, Blackpool, Oxford, Manchester dan last sekali di London. Naik eye of london yang agak mahal tu..Tapi bukan selalu dapat datang..jadi mommykina pun pujuk la husband naik Eye of London. My sister and my brother yang belajar di UK pun tak pernah naik lagi. And pergi outlet untuk shopping..

Overall, memang best pergi UK. Raeef sambut 2months birthday dekat London..hehe..Anyway Raeef pergi UK lagi sekali dengan Tokma masa dia 2 tahun 4 bulan, mommykina dengan husband tak ikut. Alhamdulillah kan dah kabor dia easy baby...duk diam ja dalam flight kat kerusi dia.

Antara moments yang jadi kenangan kami adalah...

- Raeef bocor dalam train dr London ke Liverpool. Stop dekat Liverpool terus mandikan dia. Jacket mommy habis kuning...hahaha..terus pakai jacket my sister sebab bawak 1 je jacket tebal. Lagi spare jacket mommykina bagi kat my sister swap..hehe..

- Tukar nappy di mana-mana atas stroller. Okay baby ni nak travel senang je. Kena bf dan pastikan nappy bersih. Kan dah kata changing mat tu best friend...stroller bugaboo pulak spacious so memang tukar dalam fitting room la tengah2 shopping tu, dekat corner train stations la..Kami memang bawa "botol toilet" and wipes..so memang senang juga. Tak semua station underground tuh bersih and baby friendly..kat airport tu masukla changing room..

- Raeef tidur 3 jam atas stroller je sepanjang kat Liverpool. Memang sejukkk sangat sampai2 Liverpool tu. Lepas dah stop kat Indian Dine in restaurant baru dia bangun..haha

- Raeef melalak sepanjang perjalanan ke restaurant untuk dinner di Manchester. Memang so breezy..dah selubungg stroller Raeef dengan shawl wrap tutup ruang2 celah2 pun dia tak puas hati.

- Train delay 1 hour kat Blackpool nak balik Manchester. So, kami picnic kat train station tu makan scones, grapes and strawberry!

Okay jom layan sebahagian gambar2 Raeef kat sana ðŸ˜„😄😄


Raeef dalam bassinet dalam flight

Que untuk immigration check di Heathrow Airport


Mommy kina and husband with our little Raeef Yusuf

Raeef sampai Edirburgh


Raeef yang duduk diam ja dalam stroller. Bugaboo memang best!



Dekat Bicester Village outlet. Dalam Coach butik, tunggu mommy pilih handbag. Org putih suke tegur raeef sebab die bambam.

Raeef yang selalu tidur nyenyak dalam stroller

Old Trafford, go go Man U!

Dinner di Edinburgh. Soooo cold Raeef dah kena pakai winter jacket.


Dalam train di Blackpool.

Dalam train ride, tak ingat pi mana. Gambar semua sama je.

Sebelum Raeef poo banyak dan mandi kat toilet restaurant. Bersihhh sangat.

Paddington Station. Nak pergi Heathrow Airport.


Eh, gambar tidur lagi..

Tunggu train departure. Kami bawak juga baby carrier..

Baru lepas tukar nappy sebenarnya atas stroller..Pakaikan kasut semula. Kasut ni pun beli kat sana sebab sejuk sangat. Takut perut kembung angin sejuk masuk dari kaki Raeef
  



Okay, lepas ni PART 2 pulak kisah Nawra travel umur 2 bulan 😄😄😄😄😄😄

That's all for now. Cheers.

Love,
SS

Comments