SANRIO HELLO KITTY TOWN AND THOMAS TOWN


Cuti sekolah akhir tahun ni plan mommies ke mana bawa anak-anak? Jom ke selatan tanah air, kita ke Johor Bahru!

Hari tu mommy kina bawa anak-anak ke Sanrio Hello Kitty Town and Thomas Town di JB. Theme park ni terletak di Puteri Harbour. Tak jauh dari Legoland sebenarnya. Yang paling mommy kina suka..die indoor...so aircond ja..tak payah peluh-peluh.

Theme park ni dalam bangunan 3 tingkat. Hanya naik turun lift. Tak besar tak kecik. Just nice untuk budak-budak ni.

Ticket asalnya beli combo 2 Adult melawat Hello Kitty Town and Thomas Town dari kawan yang beli di Matta Fair. Untuk Nawra memang free sebab below 3 yo. Jadi, mommy kina beli untuk Raeef combo 2 tempat dengan harga RM90.

Kami bertolak petang Khamis, plan nak visit Hari Jumaat. Semalaman di hotel, esoknya selepas breakfast dan check out kami terus ke Puteri Harbour.

Walaupun tempat ni tak berapa besar, tapi kami habiskan masa dari pukul 11 hingga ke 5 petang disini. Oleh kerana ticket kami bersama voucher discount makanan, kami pun ambil peluang untuk lunch di salah satu cafe yang terdapat dalam theme park ni.

Attractions yang ada dalam theme park ni mommies bole refer dekat official website.

http://www.puteriharbour.com/play/sanrio-hello-kitty/

Okay, feedback mommykina and husband mengenai theme park ni:

1. Best sebab indoor, dekat deret shophouses. Ada tempat makan dan kedai-kedai lain. Puteri Harbour memang best untuk jalan-jalan.

2. Ada banyak characters dalam theme park. Kami ambil combo ticket sebab alang-alang dah sampai kan. Raeef peminat Thomas Train and Nawra pulak saja nak bagi dia enjoy jumpa Hello Kitty.

3. Banyak interesting activities. Ada theme park dekat Thomas Town, ada small concert, ada decorating cookies and badge di Hello Kitty Town. Memang mommy kina pun enjoy sangat-sangat.

4. Walaupun food luar tak boleh bawak masuk, mommy kina tak suka nak rush keluar untuk bagi anak makan. Anak tetap makan on time bukan macam orang tua bole ikat perut main dulu. Jadi, mommy kina pun makan nasi goreng muka Hello Kitty dekat cafe yang terletak di level Hello Kitty town. Ada banyak cafe sebenarnya and boleh pilih mana yang berkenan.

5. Toilet setiap levels bersih. Oleh kerana Raeef dah off diaper maka selalula kami ke toilet nak bagi dia pee. Ada jugak toilet visit untuk Nawra tukar pampers. Mommy kina suka anak selalu selesa dan bersih dari hadas selagi boleh.

6. Free parking. Kami parking dekat luar sahaja. Tepi jalan, betul-betul depan entrance Puteri Harbour. 

7. Surau ada kat luar theme park. Disebabkan kami musafir, kami tunaikan jamak takhir lepas keluar dari theme park di facilties shop houses (tak jauh dari theme park ni)

Jom kita layan gambar-gambar mommykina masa berjalan ke sana.










Okay tuh dulu buat masa ni. Kalau ada lagi mommy kina akan top up. Ada apa-apa soalan, boleh tinggalkan dekat komen ya 😊

That's all for now. Cheers.

Love,
SS






Comments